ADVOKASI KDB & AKTIVITI
Tarikh |
: 02, 17, 18, & 23 Disember 2022 |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tian Matu & FB Page |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah & Komuniti |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi.
KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: 07 & 24 Disember 2022 |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: Belia |
Tujuan
Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada belia terutamanya usahawan dalam cara untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan platform seperti facebook.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat dalam maklumat mengenai penjualan secara atas talian dengan menggunakan platform facebook sebagai penggunaan utama dalam penjualan barang milik usahawan yang telah diberi latihan. Peserta juga diberi cara untuk membuat live dalam facebook (peserta diajar cara untuk menarik minat pelanggan dalam membeli barangan jualan mereka). Peserta juga disuruh cara untuk sentiasa berinteraksi dengan pelanggan dan beramah mesra dengan orang yang telah melihat siaran langsung yang telah dilakukan mereka.