mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN FEBRUARI 2023

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 05 & 12 Februari 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi.

 

KELAS KEUSAHAWANAN

Tarikh

: 07 & 08 Februari 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada belia terutamanya usahawan dalam cara untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan platform seperti facebook. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat dalam maklumat mengenai penjualan secara atas talian dengan menggunakan platform facebook sebagai penggunaan utama dalam penjualan barang milik usahawan yang telah diberi latihan. Peserta juga diberi cara untuk membuat live dalam facebook (peserta diajar cara untuk menarik minat pelanggan dalam membeli barangan jualan mereka). Peserta juga disuruh cara untuk sentiasa berinteraksi dengan pelanggan dan beramah mesra dengan orang yang telah melihat siaran langsung yang telah dilakukan mereka.

 

KELAS ICT

Tarikh

: 18 & 26 Februari 2023

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kg Tian

Peserta

: Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta terutama pelajar sekolah rendah dalam pengenalan kepada komputer dan cara-cara penggunaan komputer.

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi tunjuk ajar kegunaan setiap alat komputer. Pelajar diberi tunjuk ajar cara menaip dan latihan juga diberi kepada mereka bagi memastikan mereka mengetahui setiap fungsi yang ada di keyboard.