ADVOKASI STEM
Tarikh |
: 05 Januari 2024 |
Lokasi |
: BILIK LATIHAN |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah dalam aktiviti stem. Dalam aktiviti ini adalah untuk menanam minat kepada peserta untuk minat dalam aktiviti sains yang berkaitan dengan IT.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi tunjuk ajar cara untuk bermain game dalam aktiviti connect it. Memerlukan untuk peserta fokus dalam melakukan aktiviti tersebut. Peserta bermain game dalam aktiviti connect it tersebut dimana fokus sangat diperlukan untuk menyelesaikan setiap masalah yang telah diberikan.
ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
Tarikh |
: 12, 19, 27 & 29 Januari 2024 |
Lokasi |
: FB PAGE & BILIK LATIHAN |
Peserta |
: Komuniti & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. Manakala untuk kelas ICT pula adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta sedkit sebanyak penggunaan komputer dan internet dengan cara yang bijak dan berhemah.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi seperti typing test dan menyelesaikan aktiviti matematik secara online. Peserta diberi tunjuk ajar dengan penggunaan microsoft powerpoint.