mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JULAI 2023

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 05 & 19 Julai 2023

Lokasi

: FB PAGE

Peserta

: Komuniti 

 

Tujuan

Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi seperti typing test dan menyelesaikan aktiviti matematik secara online.

 

KELAS KEUSAHAWANAN & KELAS “ENTERING THE JOB MARKETING”

Tarikh

: 11, 12, 13, 17, 18, 25 & 26 Julai 2023

Lokasi

: Zoom Meeting

Peserta

: Usahawan, Remaja & Belia

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan dalam kelas keusahawanan yang telah diadakan. Dalam kelas kali ini, usahawan diajar cara membuat kuih redem.

Bagi kelas “Entering The Job Marketing” pulak peserta didedahkan cara membuat resume dan kemahiran semasa temuduga dilakukan.

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta ini didedahkan dengan lebih mendalam untuk kegunaan para usahawan & PKS terutamanya. Dalam kelas untuk kemasukan dalam dunia pekerjaan pulak, peserta didedahkan cara untuk membuat resume dan kemahiran yang diperlukan semasa temuduga dilakukan.

 

KELAS ASAS KOMPUTER

Tarikh

: 15 & 16 Julai 202

Lokasi

: Bilik Latihan

Peserta

: Remaja & Belia

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam penggunaan asas komputer. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan asas komputer dalam microsoft office word, powerpoint dan excel,

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, seramai 10 orang peserta yang terlibat dapat mengetahui sedikit sebanyak penggunaan asas dalam microsoft word, powerpoint dan excel. Petugas memberi tunjuka ajar kepada peserta secara bersemuka. Peserta juga diberi latihan setelah pembelajaran dalam microsoft office ini dijelaskan dan diberi tunjuk ajar satu persatu.