ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
|
Tarikh |
: 06, 11, 26 & 28 Julai 2024 |
|
Lokasi |
: FB PAGE & BILIK LATIHAN |
|
Peserta |
: Komuniti & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta dalam penggunaan internet. Ia juga bertujuan supaya pelajar dapat menggunakan internet dengan baik dan berhemah.
Aktiviti
Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka diberi tayangan video selain daripada taklimat mngenai KDb. Dengan kesedaran berkaitan buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini, petugas menerangkan kepada peserta bahayanya siber buli dan kesan-kesan buli siber kepada mangsa. Untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka dalam buli siber, petugas memberi kuiz dalam kahoot.
AKTIVITI STEM/IOT
|
Tarikh |
: 12 & 16 Julai 2024 |
|
Lokasi |
: Bilik latihan |
|
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti stem ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada peserta dalam kemahiran matematik selain mendorong mereka untuk berfikiran kreatif berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pelajar cara mereka menyelesaikan masalah dalam membuat reka cipta yang telah diberi.
Aktiviti
Aktiviti ini yang telah dijalankan di dalam NADI KPG TIAN bersama dengan pelajar sekolah menengah dengan memberi aktiviti berkaitan dengan STEM/IOT. Untuk menunjukkan kemahiran mereka, petugas telah memberi peserta latihan untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan stem seperti menajwab soalan dalam matematik. Petugas juga memberi pelajar dalam kemahiran membuat wooden recoil car.
KELAS KEUSAHAWANAN
|
Tarikh |
: 21 & 23 Julai 2024 |
|
Lokasi |
: BILIK LATIHAN |
|
Peserta |
: Belia |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada belia cara membuat FB page dan kegunaan FB page dalam memasarkan produk mereka selain dengan menggunakan FB personal.
Aktiviti
Kelas ini dihadiri oleh belia dalam membuat FB page. Melalui aktiviti ini, peserta dapat memahami kegunaan FB page dengan baik dan kegunaan FB page dalam mempromosi produk mereka.