Tarikh |
: 6, 7 & 9 Jun 2018 |
Masa |
: 8.00 pagi – 4.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta dalam bijak menggunakan internet. Aktiviti ini juga bertujuan agar peserta bijak dan bertanggungjawab ke atas apa yang telah ditulis dan dikatakan dalam laman sosial. Peserta juga diberi tunjuk ajar agar sentiasa melindungi maklumat peribadi daripada buli cyber atau penjual yang menipu.
Aktiviti
Aktiviti ini disertao 15 orang peserta yang dihadiri dari kalangan pelajar sekolah menengah. Dalam aktiviti ini, peserta telah diberitahu agar sentiasa melakukan penyelidikan terlebih dahulu maklumat yang ingin dikongsikan. Peserta perlu memastikan maklumat tersebut adalah tepat agar tidak menyebarkan fitnah dan khabar angin mengenai hal peribadi seseorang. Pada masa kini, penjual online terlalu banyak sehingga kita tidak tahu siapa penjual yang betul dan tidak. Oleh itu, peserta diberitahu agar bijak dalam berkongsi maklumat dan memastikan kesahihan pihak dengan kita berurusan tersebut adalah betul. Selain itu, peserta ditunjuk agar sentiasa berhati-hati dalam menerima emel atau mesej daripada orang yang tidak dikenali bagi meneglak diri dari menjadi mangsa penipuan internet.