mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC 2018 – KDB & Aktiviti

Tarikh

: 17 & 18 Mac 2018

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu

Peserta

: 20 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini diadakan bagi menanam dalam diri setiap peserta agar tidak membuka laman sosial yang tidak memberi faedah. Aktiviti ini juga mendedahkan kepada peserta agar bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada dalam melakukan tindakan agar tidak memudaratkan pihak lain. Hal ini juga bertujuan agar peserta tidak melakukan penyalahgunaan internet dan masalah penyalahgunaan internet serba sedikit dapat dibendung.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dihadiri oleh 20 orang peserta dimana peserta ini didedahkan dalam bidang ICT agar peserta bijak dalam memilih laman sosial yang berguna untuk kegunaan mereka. Dalam aktiviti ini, peserta turut diberitahu tentang kebaikan dan keburukan dalam melayari internet. Peserta juga didedahkan agar tidak menyalahgunakan penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

 

Foto aktiviti bagi Mac 2018