ADVOKASI KDB & AKTIVITI
Tarikh |
: 03, 05, 10 & 19 Mac 2023 |
Lokasi |
: Bilik Latihan PEDi Kg Tian |
Peserta |
: Komuniti & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi.
KELAS ASAS MICROSOFT WORD
Tarikh |
: 25 & 26 Mac 2023 |
Lokasi |
: Bilik Latihan PEDi Kg Tian |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dalam penggunaan microsoft word.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberitahu setiap asas penggunaan PC atau komputer. Peserta didedahkan setiap fungsi dalam microsoft word dan cara penggunaannya. Setelah peserta memahami setiap penggunaannya, peserta diberi latihan untuk menaip surat rasmi seperti contoh yang telah diberi oleh petugas. Dengan ini, peserta dapat memahami serba sedikit dengan menaip sendiri surat rasmi dalam microsoft word. Setelah selesai, peserta diberi aktiviti typing test dimana peserta diuji dalam kepantasan untuk menaip.