mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MEI 2021

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 01, 06 & 07 Mei 2021

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Belia, Pelajar Sekolah Menengah & Rendah

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan dimana ia memberi kesedaran kepada komuniti supaya tidak terjebak dalam penipuan internet yang semakin berleluasa pada masa kini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengingatkan kepada peserta untuk menyemak terlebih dahulu maklumat yang diperolehi sama ada benar atau tidak dengan menyemak dalam portal sebenarnya.my.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan kepada komuniti agar mereka tidak mudah untuk terjebak dalam penipuan internet dan dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan menyemak laman web yang diterima tersebut boleh dipercayai atau tidak di laman web yang betul. Keadaan ini adalah bagi mengelak peserta tidak terjebak dengan penipuan internet pada masa kini yang semakin berleluasa di mana ramai yang telah ditipu melalui internet.

 

KELAS ASAS MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL SERTA PENULISAN RESUME DAN PENDAFTARAN SPA & E-RECRUITMENT

Tarikh

: 20, 21 & 22 Mei 2021

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tian Matu

Peserta

: Remaja

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam penggunaan microsoft office (Microsoft Word, powerpoint & excel). Ia juga bertujuan untuk memberi pembelajaran dalam penulisan resume dengan baik disamping mereka juga dapat mengisi kekosongan jawatan yang ada dalam spa dan e-recruitment.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan kepada remaja dalam mengajar dan memberi tunjuka ajar kepada mereka dalam penggunaan microsoft office. Dalam aktiviti ini, pengajar memberi tunjuk ajar dan contoh dalam setiap penggunaan yang ada dalam microrosoft office word, powerpoint dan excel. Setelah habis pembelajaran pelajar diminta untuk membuat latihan bagi mengetahui sejauh mana kefahaman mereka sepanjang pembelajaran. Pelajar juga diberi masa dalam sesi soal jawab. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam membuat resume dengan baik dan tersusun. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam mengisi jawatan kekosongan yang ada dalam spa dan juga e-recruitment.