ADVOKASI KDB & AKTIVITI
Tarikh |
: 10, 12, 17 & 19 Mei 2023 |
Lokasi |
: FB PAGE |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi seperti typing test dan menyelesaikan aktiviti matematik secara online.
KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: 13 Mei 2023 |
Lokasi |
: Bilik Latihan PEDi Kg Tian |
Peserta |
: Usahawan & Belia |
Tujuan
Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan dalam kelas keusahawanan yang telah diadakan. Dalam kelas kali ini, usahawan diajar cara membuat kuih redem.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberitahu cara membuat kuih redem dengan s=baik dan sedap. Peserta juga diajar serba sedikit berkenaan usahawan sebelum di ajar untuk membuat kuih redem ini.