mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MEI 2024

ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI

Tarikh

: 03, 10,14, 24 & 31 Mei 2024

Lokasi

: FB PAGE & BILIK LATIHAN

Peserta

: Komuniti & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada komuniti dengan memberi sebaran melalui paparan dalam FB Page. Selain itu, Kesedaran dalam dunia internet ini juga didedahkan kepada pelajar sekolah menengah di NADi KPG TIAN dengan memberi tayangan video taklimat sedikit mengenai Maklumat Plasu, Cyber Grooming dan juga Penipuan dalam Internet. Hal ini juga bertujuan untuk sentiasa memberi kesedaran kepada komuniti setempat agar tidak menjadi mangsa dalam penggunaan internet terutamanya dalam penipua siber.

 

Aktiviti

Aktiviti ini yang telah dijalankan di dalam NADI KPG TIAN bersama dengan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan memberi taklimat dan tayangan video mengenai kesedaran dalam dunia siber. Peserta ini juga turut diberi latihan berkenaan KDB yang telah dipelajari pada hari tersebut untuk menunjuk sejauh mana yang telah difahami berdasarkan taklimat atau tayangan video yang telah diberi. Peserta juga turut diberi latihan seperti bermain math game online, typing test dan juga aktiviti lain.

 

KELAS KEUSAHAWANAN TIK TOK

Tarikh

: 26 Mei 2024

Lokasi

: BILIK LATIHAN

Peserta

: USAHAWAN

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada usahawan berkenaan perniagaan secara online. Hal ini dapat memberi sedikit sebanyak kepada usahawan untuk berjual di dalam tiktok pada masa kini.

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh usahawan kampung yang ingin mempelajari dalam menjual di tik tok dan juga cara untuk mengembangkan jualannya dengan memberi saranan untuk membuat video sekurang-kurangnya 3-4 video dalam satu hari.