MULAKAN E-DAGANG ANDA DENGAN SHOPPE
Tarikh |
: 03 November 2023 |
Lokasi |
: BILIK LATIHAN |
Peserta |
: Usahawan |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada usahawan melalui secara online dengan menggunakan platform shoppe.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberitahu kegunaan shoppe dan faedah-faedah dengan menggunakan platform shoppe sebagai salah satu tempat untuk memulakan perniagaan. Peserta didedahkan secara praktikal dengan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk mendaftar , meletkkan produk dalam shoppe dan cara memulakan perniagaan di dalam shoppe.
ADVOKASI STEM (ROBOTIC HAND SCIENCE PROJECT)
Tarikh |
: 10 November 2023 |
Lokasi |
: BILIK LATIHAN |
Peserta |
: Pelajar Tadika |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tadika dalam aktiviti stem. Dalam aktiviti ini adalah untuk menanam minat kepada peserta untuk minat dalam aktiviti sains.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi tayangan video cara membuat “robotic hand science project”. Setelah tayangan video ditayangkan, peserta didedahkan cara membuat “robotic hand” tersebut dengan tunjuk ajar petugas, sukarelawan dan guru bimbingan. Keadaan ini adalah untuk memastikan mereka fokus dan minat dalam pembuatan aktiviti yang berkaitan sains tersebut.
ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI
Tarikh |
: 05, 12, 18. 21, 24 & 29 November 2023 |
Lokasi |
: FB PAGE & BILIK LATIHAN |
Peserta |
: Komuniti & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. Manakala untuk kelas ICT pula adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta sedkit sebanyak penggunaan komputer dan internet dengan cara yang bijak dan berhemah.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi seperti typing test dan menyelesaikan aktiviti matematik secara online. Peserta diberi tunjuk ajar dengan penggunaan microsoft powerpoint dan menghias powerpoint yang telah dibuat oleh mereka.