mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN OGOS 2023

ADVOKASI KDB & AKTIVITI

Tarikh

: 04 & 07 Ogos 2023

Lokasi

: FB PAGE

Peserta

: Komuniti 

 

Tujuan

Perlaksanaan aktiviti KDB ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. 

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat mengenai keselamatan dalam internet dan cara mencegah daripada menjadi mangsa dalam media sosial. Di samping itu, peserta juga diberi tayangan video mengenai siber buli, siber grooming dan aktiviti juga diberi kepada peserta selepas tayangan video diberi seperti typing test dan menyelesaikan aktiviti matematik secara online.

 

KELAS ASAS KOMPUTER (MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL)

Tarikh

: 26 & 27 Ogos 2023

Lokasi

: Bilik Latihan

Peserta

: Komuniti 

 

Tujuan

Kelas ini dijalankan untuk mendedahkan kepada peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan microsoft word, powerpoint dan excel. 

 

Aktiviti

Dalam kelas ini, peserta didedahkan setiap penggunaan yang ada dalam microsoft word, powerpoint dan excel. Peserta diberi tunjuk ajar secara bersemuka dan di ajar setiap inci penggunaan microsoft office ini. Peserta ini juga diberi latihan setelah mereka dapat menguasai apa yang telah ditunjuk ajar semasa pembelajaran dilakukan. Hal ini dilakukan adalah untuk menunjuk sejauh mana peserta faham sepanjang pembelajaran diadakan.

 

KELAS KEUSAHAWANAN & KELAS “ENTERING THE JOB MARKETING” (SECARA ONLINE)

Tarikh

: 07, 08, 09, 15, 16, 17, 22, 24 & 29 Ogos 2023

Lokasi

: Zoom Meeting

Peserta

: Usahawan & Belia

 

Tujuan

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan dalam kelas keusahawanan yang telah diadakan. Dalam kelas kali ini, usahawan diajar cara membuat kuih redem.

Bagi kelas “Entering The Job Marketing” pulak peserta didedahkan cara membuat resume dan kemahiran semasa temuduga dilakukan.

 

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta ini didedahkan dengan lebih mendalam untuk kegunaan para usahawan & PKS terutamanya. Dalam kelas untuk kemasukan dalam dunia pekerjaan pulak, peserta didedahkan cara untuk membuat resume dan kemahiran yang diperlukan semasa temuduga dilakukan.