KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & AKTIVITI
Tarikh |
: 10, 18, 19 & 27 Oktober 2019 |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tian Matu |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Aktiviti ini dilakukan agar peserta tidak terjebak dalam buli siber, jenayah siber dan cyber grooming yang berlaku pada masa kini. Ini bertujuan agar peserta sentiasa berjaga-jaga dan bijak dalam menggunakan laman sesawang yang semakin canggih. Peserta juga di dedahkan kepada aduan dan maklumat palsu agar peserta tahu setiap maklumat yang mereka perolehi dan apa yang perlu dilakukan.
Aktiviti
Aktiviti yang dihadiri seramai 20 orang telah mendedahkan kepada mereka bahawa bahayanya internet sekiranya tidak bijak dalam melayari laman sesawang ini. Peserta juga didedahkan kepada laman web sebenarnya.my agar mereka dapat mengetahui maklumat yang diperolehi betul atau sebaliknya. Selepas taklimat dan tayangan video kepada peserta, petugas memberi sedikit aktiviti kepada peserta agar peserta dapat memanfaatkan penggunaan komputer dengan baik dan bijak.