mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN SEPTEMBER 2024

ADVOKASI KDB, ICT & AKTIVITI

Tarikh

: 02, 20, 22, 24 & 27 September 2024

Lokasi

: FB PAGE & BILIK LATIHAN

Peserta

: Komuniti & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan dalam memberi kesedaran kepada peserta supaya sentiasa peka dan berhemah dalam melayari internet. Peserta juga diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak menyebar berita palsu sebelum disahihkan dengan menyemak maklumat tersebut di laman web sebenarnya.my.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar sekolah menengah di mana mereka taklimat berkaitan dengan sebenarnya.my dan berita palsu. Petugas turut memberitahu kesan-kesan kepada penyebaran maklumat palsu kepada orang lain dan diingatkan supaya tidak menyebar berita palsu walaupun sekadar hanya untuk keseronokan kerana ia memberi kesan buruk. Petugas juga memberi kuiz kepada peserta untuk menunjuk sejauh mana kefahaman mereka berkaitan dengan taklimat yang telah diberi.

 

AKTIVITI STEM/IOT

Tarikh

: 07 & 11 September 2024

Lokasi

: Bilik latihan

Peserta

: Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Aktiviti stem ini dilakukan bagi memberi pelajar untuk menunjukkan bakat dan kemahiran yang mereka ada dalam penyelesaian masalah yang telah diberi.

 

Aktiviti

Aktiviti ini yang telah dijalankan di dalam NADI KPG TIAN bersama dengan pelajar sekolah menengah dengan memberi aktiviti berkaitan dengan STEM/IOT dalam pembinaan DIY membuat robot pemakan duit syiling. Dalam aktiviti petugas telah menyediakan bahan dan kertas langkah-langkah cara membuat DIY ini. Peserta hanya perlu mengikuti langkah-langkah DIY membuat robot pemakan syiling tersebut sehingga ia berjaya dilakukan. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan dengan memupuk nilai kerjasama dalam sama-sama menyelesaikan masalah dalam membuat robot tersebut supaya menjadi dan berjaya dilakukan.

 

KELAS KEUSAHAWANAN

Tarikh

: 29 September 2024

Lokasi

: BILIK LATIHAN

Peserta

: belia 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan cara membuat logo dengan hanya menggunakan canva. Logo ini adalah dilakukan berdasarkan produk jualan mereka.

 

Aktiviti

Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar cara membuat logo kepada usahawan. Logo ini dilakukan berdasarkan produk atau perkhidmatan yang telah dijalankan mereka.