Matu (dikenali juga sebagai Mato dalam sebutan dialek Melanau Matu) adalah salah sebuah Daerah dalam Pentadbiran Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Daerah Matu sebelum ini merupakan sebuah Daaerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Daro sehinggalah diisytiharkan sebagai sebuah daerah penuh pada 5 Mei 1991.
Pada 1 Mac 2002, Bahagian Mukah telah diwujudkan menjadikan bahagian mukah bahagian kesepuluh dalam Sarawak manakala Pentabdiran Daerah Matu yang sebelum ini ditadbir dibawah pentadbiran bahagian sarikei telah dipindahkan dibawah pentadbiran Bahagian Mukah.
Terdapat lebih dari 20 kampung dalam daerah Matu, seperti Kampung Jemoreng, Kampung Tian, Kampung Bawang, Kampung Sekaan Kecil, Kampung Terusan, Kampung Loba Balu, Kampung Sekaan, Kampung Sok, Kampung Bertong, Kampung Pergau, Kampung Bruan Besar, Kampung Bruan Kecil, Kampung Halud, Kampung Kuala Matu, Kampung Pasar Baru dan Kampung Pasar Lama.
Pusat pentadbiran Daerah Matu terletak di Sekaan menempatkan Pejabat-Pejabat Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bagi memudahkan penduduk daerah matu berurusan dengan pihak kerajaan.
Pekan terhampir dengan Matu ialah Daro dengan jarak perjalanan darat lebih kurang 24 kilometer. Majlis Daerah Matu-Daro (Matu-Daro District Council) yang terletak di Matu merupakan mercu tanda dan bangunan terbesar di Matu. Sekolah Menengah Kebangsaan Matu pula terkenal dengan ciri fizikalnya yang mana semua bangunannya dihubungkan dengan jambatan panjang yang dibuat dari kayu berlian.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Matu
Secara umum, majoriti penduduk yang menetap di matu adalah kaum melanau. Manakala untuk pekerjaan bagi penduduk di Kg Tian, Matu majoriti penduduk melakukan pekerjaan pertanian di mana hampir 70% daripada penduduk di matu masih melakukan aktiviti pertanian sehingga kini. Untuk aktiviti lain seperti peniaga kecil-kecilan 20% dan lain-lain seperti yang bekerja di sektor kerajaan & swasta adalah 10%. Berikut adalah kampung yang ada di sekitar kg tian:
Bil |
Kampung |
1 |
Kampung Sekaan |
2 |
Kampung Sok |
3 |
Kampung Jemoreng |
4 |
Kampung Halud |
5 |
Kampung Pergau |
6 |
Kampung Bertong |
7 |
Kampung Pasar Lama |
8 |
Kampung Pasar Baru |
Populasi Penduduk Kampung Tian adalah seperti berikut:
Umur |
Maklumat |
60 dan ke atas |
459 |
40 – 59 |
754 |
20 – 39 |
1087 |
13 – 19 |
1144 |
12 dan ke bawah |
636 |
JUMLAH PENDUDUK |
4080 |
Manakala, pecahan mengikut bangsa pula adalah seperti berikut :
Bangsa |
Bilangan |
Peratus |
Melanau |
4025 |
98.7% |
Melayu |
28 |
0.7% |
Cina |
7 |
0.2% |
Iban |
5 |
0.1% |
Lain-lain |
15 |
0.3% |
PETA LOKASI KG TIAN DAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG TIAN
PARLIMEN MATU
KOD |
KAWASAN |
NAMA AHLI PARLIMEN |
P207 |
Igan |
YB Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi |
N44 |
Jemoreng |
Yang Berhormat Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya |