USAHAWAN KECIL PENDAWAIAN
Nama |
: Marwand Rosli |
Umur |
: 25 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar Belakang
En. Marwan merupakan seorang pelajar lepasan Sijil teknologi Elektrik Di ILP Miri Sarawak. Selepas tamat belajar, beliau mula mengikuti En. Abdillah (Usahawan PI1M) melakukan perkhidmatan pendawaian elektrik di rumah-rumah, kedai dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan dalam PI1M, beliau hanya melakukan perkhidmatan pendawaian elektrik untuk penduduk kampung sekitar yang memerlukan perkhidmatan beliau.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M
En. Marwan mula mengenali PI1M Kg Tian Matu daripada En. Abdillah rakan sekerjanya yang juga merupakan usahawan yang dipilih oleh PI1M. Melalui bimbingan petugas PI1M Kg Tian Matu, beliau kini telah mahir menggunakan youtube sebagai sumber penambahan ilmu dalam pendawaian elektrik serta facebook sebagai tempat untuk mempromosi khidmat pendawaian elektriknya. Pelanggan beliau bukan sahaja sekitar kawasan tian, malah perkhidmatan pendawaian elektrik beliau kini mendapat kawasan sekitar matu. Beliau juga banyak menggunakan youtube sebagai platform untuk menambah ilmu beliau dalam bidang pendawaian elektrik.