mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Mohd Fikri Bin Rajali

BELAJAR INTERNET, MENAIP & MENCETAK

Nama

: Mohd Fikri Bin Rajali

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Mohd Fikri merupakan pelajar lepasan STPM yang mengambil mata pelajaran Geografi dan pengajian Am. Beliau merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan yang sangat baik dalam STPM dengan pointer 4.00. Antara anugerah yang diterima oleh beliau ialah Pelajar Harapan STPM, Anugerah Khas pra-universiti, pelajar terbaik subjek Bahasa Melayu, Geografi, Pengajian Am & Muet serta beliau juga mendapat anugerah Pelajar Cemerlang Penggal 1, 2 & 3.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, Mohd Fikri sering belajar sendirian di rumah dengan menggunakan buku teks dan buku rujukan. Suatu hari, cikgu beliau telah mengatakan jika ada masa, bolehlah melayari internet untuk merujuk sesuatu mata pelajaran kerana penggunaan internet itu meluas. Dengan ini, Mohd Fikri merasakan buku teks dan buku rujukan tidak cukup untuk memahami sesuatu subjek itu. Oleh yang demikian, Mohd Fikri bercadang untuk menggunakan internet sebagai inisiatif lain untuk mengulang kaji pelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Petugas banyak memberi tunjuk ajar dalam hal Mohd Fikri mencari rujukan secara online. Layanan yang baik yang diberi oleh petugas membuatkan dia terdetik untuk menjadi ahli disitu. Dengan mengakses internet di PI1M yang baik memudahkan beliau untuk mencari nota-nota tambahan di dalam internet. Keadaan bilik latihan yang selesa dan senyap juga membuatkan saya rajin untuk belajar berkumpulan di situ. Dengan harga perkhidmatan yang berpatutan juga membolehkan untuk saya mudah print out nota-nota pembelajaran yang saya kehendaki dengan bantuan petugas.