mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Mohd Firdaus Bin Ikhwan

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama

: Mohd Firdaus Bin Ikhwan

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Firdaus merupakan bekas pelajar di SMK Matu dan sekarang melanjutkan pelajaran di SMK TPDP Hajah Normah Daro sebagai pelajar tingkatan 6. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang memuasan semasa SPM. Semasa di tingkatan 5, Firdaus mengambil subjek perdagangan dan sains sukan.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam penggunaan ICT lebih mendalam, Firdaus hanya belajar di rumah sahaja melalui buku rujukan dan hanya dengan menggunakan asas yang ada dalam bidang internet.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas pembelajaran di PI, Firdaus banyak mengetahui penggunaan ICT dengan lebih meluas. Beliau juga turut diajar dalam laman web yang betul dan berguna dalam kelas KDB yang dianjurkan oleh PI. Melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PI banyak membantu Firdaus untuk mencari maklumat yang lebih berguna. Jarak perjalanan tidak menghalang Firdaus untuk melayari internet dan mencari maklumat tambahan untuk pembelajarannya. Banyak ilmu tambahan yang Firdaus dapat semenjak menggunakan perkhidmatan di PI.