mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muhammad Shahrin Bin Razeman

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama

: Muhammad Shahrin Bin Razeman

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Muhammad Shahrin atau lebih dikenali sebagai yen merupakan pelajar sekolah khas dari Sibu. Yen merupakan ahli PI1M yang OKU yang paling aktif di PI1M Kg Tian.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum adanya PI1M di kampung tian, yen sering menghabiskan masanya dirumah sahaja. Hal ini menyebabkan Yen agak tertekan dan kekurangan sahabat. Yen juga tidak tahu mengenai penggunaan aplikasi-aplikasi online.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas tertubuhnya PI1M, Yen telah cuba untuk menghadiri pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M. Melalui penyertaan Yen di PI1M, dia dapat menambah ramai kawan untuk berkongsi minat sama seperti Yen. Setelah mengetahui pelbagai kegunaan aplikasi yang terdapat di telefon pintar menyebabkan Yen sudah pandai untuk menggunakan aplikasi facebook. Antara aktiviti yang dihadiri oleh Yen adalah kelas komputer dan telah menggunakan komputer sebagai alatan untuk mencari maklumat. Kini, Yen juga telah pandai melayari laman web youtube.