mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Napi Bin Isa

KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN GERAI MAKANAN

Nama

: Napi Bin Isa

Umur

: 29 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

En. Napi merupakan usahawan kecil yang membuka gerai “kamik bejanak bey”. En. Napi atau nama samarannya “Napi” telah giat dalam gerai makan dan minuman sejak awal tahun 2014 lagi. Napi mempunyai seramai 8 orang pekerja untuk membantu beliau dalam menjalankan gerainya. Makanan paling laris adalah menu “Ayam Penyet” yang berharga RM8.00. Beliau juga menjalankan catering untuk majlis rasmi dan tidak rasmi seperti katering ke sekolah, mesyuarat, majlis tahlil dan lain-lain.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dalam PI1M, pendapatan kasar yang hanya diperolehi En. Napi hanyalah RM500.00 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Setelah terlibat dengan aktiviti PI1M, En.Napi berjaya mempromosikan gerai beliau melalui laman sosial seperti facebook, wechat dan whatsapp. Kini, pendapatan kasar beliau telah mencecah RM1000.00 keatas sebulan. Petugas Pi1M telah banyak membantu beliau dalam mempromosikan gerai dan katering yang dijalankan olehnya.