mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PELANCONGAN DAN TEMPAT BERSEJARAH

Sok View3

 

– Rumah Panjang Melanau 

 

Terletak kira-kira 2 kilometer dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Tian Matu, atau lebih tepat lagi bersebelahan KTW Kampung Sok yang dibawah seliaan Pi1M Kg Tian Matu, terletaknya satu sejarah yang “tak lapok dek hujan tak lekang dek panas” iaitu Rumah Panjang Melanau Kampung Sok Matu. Rumah panjang ini merupakan rumah panjang asli yang satu-satunya masih ada di dunia selain di Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Kuching. Dipercayai, rumah panjang melanau di Kampung Sok ini berusia lebih 100 tahun dan masih berdiri utuh dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 Ia dibina sekitar tahun 1872 dengan hanya mempunyai 4 pintu. Kemudian pada tahun 1888 ianya ditambah menjadi 26 pintu keseluruhannya. Ia dibina secara muafakat oleh penduduk kampung. Berukuran 210 kaki panjang dan 40 kaki lebar, struktur asalnya diperbuat daripada kayu belian manakala atapnya dibuat daripada daun rumbia. Sebelum kedatangan Islam, penduduk setempat mengamalkan kepercayaan animisme. Menurut mereka, hanya penghuni yang lahir dalam rumah panjang ini sahaja yang boleh melakukan renovasi serta membaikpulih rumah panjang tersebut. Jika melanggar peraturan, maka akan ditimpa musibah.

 

                            penawar                 tiang benitik

– Telaga Penawar dan Tiang Benitek

 

Telaga Penawar dan Tiang Benitek yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tian Matu merupakan tempat bersejarah yang terdapat di Kampung Jemoreng, juga dalam Daerah Matu.

 

Telaga Penawar atau Tebah Penawar merupakan air telaga yang boleh menyembuh pelbagai penyakit mengikut sejarah orang dulu-dulu. Ia juga menjadi kunjungan pasangan suami isteri yang ingin mendapat anak. Malah, suatu ketika dulu dikatakan jika orang yang cuba menuba di hulu dan ikan yang berenang ke hilir serta melalui kawasan telaga ini tidak akanmabuk oleh bahan tuba berkenaan. Menurut sejarah orang dahulu, air telaga ini boleh didapatkan dengan cara memusingkan duit syiling atau paku di sekeliling badan kepada siapa yang ingin mengambil air Telaga Penawar kemudian melontar syiling atau paku tersebut ke dalam air telaga. Namun, kesedaran daripada penduduk kampung dan kampung-kampung di sekitar kampung Jemoreng yang majoritinya menganut agama Islam, menyebabkan air telaga penawar kian dilupakan. Hal ini kerana, sekiranya kepercayaan terhadap air telaga penawar diteruskan, boleh menimbulkan khurafat di kalangan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kini, Telaga Penawar hanyalah sebagai boneka tempat bersejarah di Kampung Jemoreng Matu.

 

Tiang Benitek pula ialah sebatang tiang kayu berlian yang berukur lilit 80 cm yang masih menjadi misteri kepada penduduk kampung Jemoreng. Menurut cerita warga tua di sini, tiang ini dahulunya menjadi tempat pengadilan (lebih kurang macam mahkamah) semasa zaman pembesar Orang Kaya Sergunim lebih kurang 400 tahun dulu. Menurut cerita orang kampung, di bawah Tiang Benitek ini, terdapat duit syiling lama yang menjadi peninggalan orang zaman dahulu