BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama |
: Habsah binti Hj Badron |
Umur |
: 63 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Habsah atau lebih dikenali dnegan panggilan Mak Sah merupakan salah seorang Ketua Kaum di Kampung Tian. Sebelum ini beliau merupakan pencen jururawat matron di daerah Daro. Pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang bergelar jururawat matron. Sekurang-kurangnya beliau mahir dalam bidang kesihatan. Sekarang beliau telah dilantik sebagai Ketua Kaum dan menganggap ini satu cabaran baru untuk menjaga kawasan yang diselia oleh beliau. Keadaan ini mneyebabkan satu tambahan bagi beliau untuk mngenali lebih mendalam mengenai komuniti.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M
Sebelum terlibat dalam penggunaan ICT, beliau hanya mempunyai telefon pintar tapi tidak tahu car penggunaannya terutama penggunaan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar tersebut. Secara amnya, beliau kurang ambil tahu mengenai internet sewaktu bekerja dahulu. Perubahan waktu menyebabkan beliau perlu belajar kepenggunaan ICT agar kerja lebih mudah, pantas dan cepat terutama setelah dilantik menjadi Ketua Kaum.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan Pi1M
Petugas banyak memberi tunjuk jar kepada beliau terutamanya dalam penggunaan aplikasi dalam telefon pintar. Sebagai contohnya aplikasi whatsapp dalam “group whatsapp”. Melalui aplikasi ini, beliau banyak mengumpul kenalan dan hasilnya beliau dapat maklum balas dnegan lebih cepat. Aplikasi ini lebih kearah berkongsi maklumat, perjumpaan, permasalahan, mesej dan sebagainya. Sebelum ini, kebiasaannya beliau akan membuat notis untuk perjumpaan atau taklimat tetapi dengan adanya internet kerja lebih mudah dengan hanya menaip mesej dan hantar dalam “group whatsapp”.