Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) KG TIAN MATU mula beroperasi secara rasmi pada Julai 2014. Tapak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tian Matu yang dahulunya merupakan Bangunan IKS kini bertukar menjadi tempat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kpg Tian Matu. Disamping itu, tapak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kpg Tian merupakan tempat yang strategik kerana berhampiran dengan Klinik Kg Tian Matu, Tabika Kemas dan Masjid telah memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kpg Tian Matu.
