mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Siti Khatizah Binti Umar

KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN KATERING

Nama

: Siti Khatizah Binti Umar

Umur

: 29 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Puan Siti telah giat dalam bidang katering sejak berumur 18 tahun atas usahanya bersama keluarga. Latar belakang keluarga yang giat dalam perniagaan sendiri mendorong beliau untuk meneruskan perniagaan mereka.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dalam ICT dengan lebih mendalam, pendapatan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja mengikut permintaan pelanggan. Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan secara jualan langsung dan hebahan kawan-kawan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas petugas PI1M memberi tunjuk ajar, beliau mempelajari kepentingan laman web sosial dalam pasaran sekarang. Semenjak mengetahui penggunaan laman web ini, beliau banyak mempromosikan perkhidamatan katering beliau terutamanya dalam facebook. Promosi yang dilakukan oleh beliau adalah untuk memberitahu rakan facebook mengenai perkhidmatan katering yang telah dijalankan oleh beliau di samping untuk mendapat pelanggan untuk membuat tempahan daripada perkhidmatan katering beliau.