KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN LAUK-PAUK AIR DAN KAIN
Nama |
: Siti Mera Edora Binti Abdul Rahman |
Umur |
: 29 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar Belakang
Miera (nama samaran) menjalankan perniagaan seperti lauk-pauk, kuih-muih, biskut serta kek. Miera turut menyediakan service “COD” (Cash Of Delievery). Miera turut menjalankan perniagaan air pelbagai perisa yang dikenali sebagai Twisted TeaKupi. Selain daripada itu, beliau turut berniaga kain secara talian.
Sebelum penglibatan ICT / Penglibatan PI1M
Miera hanya menjalankan bisnes secara tertutup di mana perniagaannya hanya melalui rakan-rakan dan kenalannya sahaja. Sebelum ini pendapatan beliau hanya bergantung kepada tempahan sahaja. Keuntungan hanya bawah RM500.00 sahaja.
Selepas penglibatan ICT / Penglibatan PI1M
Selepas ilmu yang dipelajari di Pusat Internet Miera lebih ‘advance’ dengan hanya menggunakan internet sahaja. Ilmu laman sosial yang dipelajari di Pusat Internet telah membuka mindanya untuk membuka sebuah gerai minuman yang sudah menjadi trending sekarang (menjual minuman pek bersaiz besar). Pada bulan puasa pula, beliau juga turut membuka jualan lauk-pauk, kuih-muih dan minuman sahaja dan beliau mendapat pulangan yang menguntungkan. Miera sentiasa mengemaskini facebooknya setiap hari untuk mengiklankan makanan dan minuman yang dijual oleh beliau.