KEUSAHAWANAN KECIL – PERNIAGAAN ONLINE
Nama |
: Usop Razali |
Umur |
: 56 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Encil Usop merupakan seorang peniaga di Kampung Tian Matu. Beliau turut mempunyai kedai yang terletak di hadapan rumah beliau. Encik Usop merupakan antara golongan ibu bapa yang rajin berkunjung ke PI.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan komputer dan sering meminta pertolongan petugas untuk membuat iklan atau mencetak iklan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas di Pusat Internet Kg Tian, beliau telah mempelajari kepentingan laman web sosial dalam pasaran sekarang. Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan secar jualan langsung dan hebahan kawan sahaja. Kini, beliau telah mempelajari sesuatu yang baru dalam mempromosikan perniagaan beliau iaitu promosi melalui facebook.