mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Zulaikha Binti Ali

KEUSAHAWANAN KECIL – BERNIAGA KUIH DAN HASIL TANI

Nama

: Zulaikha Binti Ali

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Zulaikha merupakan seorang peniaga kecil-kecilan semenjak berkahwin selain mengisi masa lapang disamping menjadi seorang rumah. Beliau juga menjual hasil tani di pasar tani di Kg Tian Matu. Selain itu, beliau juga menjual dan COD hasil tani dan kuih-muih pada hari biasa di sekitar matu dan daro.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dalam perkembangan IT, beliau hanya bergantung kepada pelanggan yang hanya mengenali beliau sahaja untuk menjual hasil jualannya.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas mengetahui dan terlibat dalam penggunaan ICT dam komputer, beliau banyak mendapat tempahan terutamanya apabila beliau mempromosikan barang, hasil tani atau kuih-muih di dalam facebook. Keuntungan yang beliau perolehi berlipat kali ganda dari hasil yang didapati beliau sebelum mengetahui penggunaan komputer. Sejak terlibat dalam dunia IT ini juga beliau banyak mendapat kenaaln baru disamping mendapat pelanggan baru.